Sunday, September 20, 2015

Borneo Trip

Assalammualaikum..

Harini aku nak cerita #buddiesvacay #borneotrip! Hashtag yang aku guna kat ig sepanjang upload gambar kat ig untuk trip ni. Hihi. Ajet ajet betui mizaa ni haha. Bak kata aizat aku orang paling heksaited dari mula trip sampai habis trip. Hahahaha kau nampak tak hamizah seorang yang jakun! Seriously aku memang suka travel berjalan melanguk semua ni, tapi fulus selalu membataskan hobi aku yang satu ni. Haha mujurlah plan pergi sabah ni memang sempat aku nak kumpul duit.

First time pergi sabah okay, Gilaaa kauuu tak heksaited dari mula sampai akhir. Biar nampak aku jakun pun, Asal aku puas hati, Jejauh aku pergi takkan nak membazir setiap detik aku kat sana kan. Hahaha. Borneo trip ni salah satu rewards lah untuk aku sebab lepas je habis praktikal bulan oktober last year aku kerja. Dari kerja coolblog (1 bulan 1 minggu), pekerja sambilan harian aset htjs ( 3 bulan) and kindergarten teacher (5 bulan). Macam kira nampak lah hasil gaji aku tu selain aku shopping baju tudung kasut beg karoke wayang jalan tanpa arah tujuan and so on. Keh keh.

Flight kitorang 2 September tu delayed. Punyalah gigih aku bertapa kat klia 2 tu. Dah lah aku sampai awal 2 jam. Delayed lagi sejam, so wasting my time. Tak tahu ke hamizah yang jakun ni dah heksaited sangat. Hahaha. Boarding pass 3.45pm, tapi kitorang  fly pukul 5.35pm camtulah. Sampai kkia terminal 2 dalam pukul 7.45pm kot. Aku pun lupa. Haha. Yang aku ingat memang aku tak puas hati landing kapten tu. Menjunam wehhh! Bapak ahh! Terhentak dia tu, sampai sekarang terasa lagi. Rasa macam nak jumpa kapten tu suruh dia belajar landing baik lagi. Wahhh hengkoo punya cerita taknak kalah mizaa weh! Hahaha.

Aku memang berangan lebih lah duduk tepi tingkap tu hahaha

Malam tu tunggu dak aizat pastu terus pergi makan. Bapak lapauu lah hengkoo. Dalam flight aku tak tidur, sebab heksaited tengok langit cantik, even dah malam pun aku masih mengagumi ciptaan yang Esa. Masha Allah, cantikk! Eh tapi biasalah naik promo flight air asia kan, sempit sikit tapi nasib baik dapat tepi tingkap. Besttt! Hehe. Malam tu makan biasa biasa je kat kota kinabalu, tapi agak mahal sikit dari semenanjung tapi worth it dengan portion dia yang besar. Sokay, janji kenyang Alhamdulillah. Lepas makan balik aparment. Kitorang sewa satu malam kat Promenade Apartment. Seriously selesa dan sesuai untuk trip yang ramai macam family ke. Bilik memang puas hati! I sukaaa. Memang recommended!!

Supposedly ramai lagi, takpelah, mana yang ada ni je dah buat i happy. amboi ngat hahaha

Day 2 - 3 September..

Kat Sabah kan siang awal, mujurlah i biasa dah bangun pukul 6.15 camtu, so macam heksaited tengok tingkap dah cerah. Best wehh even view jalan raya je pun haha. Obvious sangat kejakunan aku hahaha. Pagi tu lepas breakfast, lepas beli bekalan makanan untuk bekal kat pulau nanti pahtu terus pergi jesselton point. Nak terjah pulau. Seronokkk ngat! Kitorang decide nak pergi Pulau Sapi je sebab nak cut cost, maklumlah trip ni kira trip budget jugak huhu. Lagipun sama je semua pulau kan, Pergi balik Pulau Sapi, snorkelling and parasailing about rm100 jugak kot.

Seronok membasah diri masa parasailing haha tapi macam tak naik tinggi sebab i gemuk hahahahaha padan muka

Nampak tak belakang tu. Masha Allah cantik sangat air laut pulau pulau kat sabah ni, macam berlayer layer, warna dia sungguh memikat hati.

Setelah buat kisah cinta kat Sapi island tu sebab kena tunggu boat kul 2 petang tu memang bercinta lah aku jawabnyaa. Habis muka i hitam sebab lupa beli sunblock hahaha. But puas hati gambar banyak. Gambar yang penting hahahaha! Balik tu boat tu singgah jugak kat Mamutik dengan Manukan. Atleast nampak jugaklah pulau tu camne kan, Tapi antara Sapi, Manukan, Mamutik, for me Sapi Island paling the best lah. Lepas terjah pulau, lunch dekat masjid bandaraya and terus shoot Kundasang.

Nampak tak muka i happy sangat bila nampak laut terbentang luas.
I love beach! So my dear future husband, take note pls. Hahahaha.

Ontheway ke Kundasang tu, i tak tidur sebab biasalah i suka menikmati pemandangan pertama kali, bagi melihat keindahan ciptaan Allah. Jalan pun kabus tebal, hujan rerenyai sikit.  Sepanjang perjalanan susah jumpa masjid, church je banyak. Hmm. But sokaylah. Tapi yang tak okay bila mendaki kena duduk belakang lori. Damn! Kesabaran kena tinggi bro! Hahaha. Tapi sempat singgah dekat Pekan Nabalu, singgah shopping. Well alang-alang dah diberi kesempatan, i shopping lah sikit. Bajet bajet dulu. Huhu. Tapi ada certain barang dia macam lagi murah dari KK. Sampai homestay kitorang sewa tu dalam 6 lebih jugak kot. Dah nak malam dah masatu.

Lepas kitorang check in homestay tu, hujan selebatnya. Allahu. Kundasang atas bukit kan dah tentu sejuk, dengan hujan lagi, memang menggigil lah weh. Mandi guna water heater, lepas mandi pakai short sleeve, pakai handsock, pakai sweater, pakai stokin. Memang nak cover sejuk betul, tapi tetap juga rasa sejuk. Sejukk gilaaaaaa dohh! Lepas hujan dah reda sikit, barulah keluar cari makan, tapi masatu dah pukul 9 lebih. Kundasang kan pekan kecil, waktu camtu memang sunyi gilaa dah pekan dia, mujurlah ada kfc, sebab dah lapar sangat, balun jelah kepsi pun, padahal wan dengan pisah muak sangat dah makan kepsi. Hahaha bertabah jelah! Lepas makan i terus tidur sebab mengantuk gila sampai tertidur kat sofa je. Haha.

Bangun pagi terus buka sliding door tengok view luar, masha Allah cantik sangat. Nyaman dan tenang dia hanya Allah je tahu. Betul betul cuci mata dengan ciptaan Allah yang indah permai. Beruntung orang Kundasang, hari hari tengok view cantik. Pagi tu bangun mandi siap berkemas. Ohh lupa, kitorang tidur kat seribu 1 homestay. Homestay ni pun not bad jugak. Tapi kalau i pergi dengan family memang tak sesuai lah sebab my mom sakit kaki takleh nak naik tangga. Haha. Tu je, yang lain okay jeee. Recomended jugakk!

Gigih ahh angkat luggage naik tangga tu. Hahahaha.

Sebab macam malas nak type, jadi biarlah gambar berbicara hikss.

Day 3 - 4 September..

Kabus mulai tebal jadinya tak nampak gunung kinabalu. Tapi serious sejuk mata memandang tau. Masani Lepas breakfast bihun sup sedap,



Lepas breakfast, pergi kat Desa Cattle ni, kitorang bagi makan anak lembu, bagi anak kambing susu, selfie dengan lembu new zealand. Selfie dengan lembu hafiz sorang je. Hahaha. Makan ais krim sedap, beli susu coklat, beli yogurt. Hmm dap dap dap!


Next destination is tagal ikan kelah. Haduilaahhh i memang takleh blah dengan kelah licin licin ni, seriously, aku jejak air tapi bila ikan tu dekat aku menjauh, macam main tarik tali gitu. Hahahahaha. Tapi ada lah sekor lepas hafiz jerit suruh aku rasa gak kena gigit gigit tu, hahaha ikan kelah yang bertuah dapat kuncup tangan i tu, sila doakan saya cepat kahwin ye. Hiks

Lepas pergi main ikan kelah supposedly kitorang nak canopy walk, tapi tak sure canopy walk tu kat mana, kitorang terus jelah pergi kinabalu park. Hmm rupa rupanya canopy walk tu dekat poring hotspring. Alahai, menyesal sikit sebab terlepas, tapi takpelah takkan nak patah balik kan. Tapi next time kalau aku pergi sabah lagi, i'll make sure i pergi canopy walk tu. Hee. Jadinya kitorang lepak kejap jelah dekat kinabalu park tu. Kabus teruk tak nampak mount kinabalu. Sejuk dapat, ketenangan pun dapat. Wahh sangat! Haha.

Tak dapat canopy walk, dapat jalan kat titi gantung ni pun jadilah labu. Hiksss.

Cop! Note untuk bakal suami : i okay je nak teman you pergi mancing, tapi jangan suruh i pegang yang licin licin pastu gerak menyelinap laju tu. i kenot go lah. hahaha tapi kalau nak suruh i pergi tempat tinggi, canopy walk, jungle trekking, hiking ke i nak ikutttt you kalau you pergi! Pleaseeee! Hahaha.

Eh before sampai kinabalu park kitorang singgah kat Kinabalu Pine, amek gambar je, view cantik kan. Hihi. Aizat penuhi hasrat aku hahaha thankyou jat!

Nampak tak muka aku yang paling penuh nur kat situ. Hahahaha cahaya matahari membantu sangat!

Haa lepas lepak dari Kinabalu Park tu terus turun balik ke Kota Kinabalu. Hujan kot masa tu, tapi sorry to say, mata i dah tak tahan mengantuk. aku tidur je sepanjang perjalanan hahaha tahu tahu dah sampai upside down house. Okay honestly rasa macam tak berbaloinya aku masuk sini. Sebab kat semenanjung dah banyak sangat upside down art kan. Hmmm.. Hahahaha tapi takpelah, aci redah je haha.


Okay done, upside down house.

Terus shot balik Kota Kinabalu, tapi malangnya kitorang terperangkap dalam jammed. Serious ni part paling tak best. Haduilaaaa, aku ingatkan kat sabah tak jammed, rupanya sama jugak macam semenanjung, maybe sebab nak buat jalan baru tu kot, eh entah suka hati main cakap. Hahaha. Sejam lebih weh stuck dalam jammed, cedih ngat! Membazir masa, hancus harapan i nak tengok sunset kat Tanjung Aru. Sobss. Terus check in aparment balik dan bergolek atas katil sebab penat hadap jammed. Malamtu keluar pergi makan seafood kat KK Waterfront tu. Bab makan i memang suka! Haha.

Kat Sabah makan seafood memang murah dan berbaloi baloi! Sangat puas hati.

Bab makanan i memang puas hati, bab air sejug tu, memang sangat tak puas hati. Hahaha tapi takpelah halal dunia akhirat. Sorry i makan je, bab memilih makanan orang lain. Hehehe. Lepas makan, jenjalan pasar filifin, pasar malam apa tah dekat area area situ. Haduilaa rambang mata, Mana singgah kedai, situ je aku beli. Terus beli hengkoo, tak survey tempat lain dulu. Hahaha. Padahal dorang dah cakap dah last day memang nak shopping before balik semenanjung, tapi biasalah, i kan pendegil. Haha pastu balik mandi tidur dengan jayanya.

Day 4 - 5 September, Last day..

Macam tak percaya betul last day, dan dorang pun bermalas malasan cakap nak check out terus pagi tu, so lewat sikit lah kan. i breakfast susu coklat dengan yogurt yang beli kat desa cattle tu. Lepascheck out kul 11 terus pergi pasar filifin. Memang terbaik lah i shopping. Paling banyak shopping antara semua aku lah, plastik beg kiri kanan. Hafiz kalau menawar memang berbaloi, aku je tak pandai menawar. Korang kalau penjual tu lelaki, okay lah perempuan yang menawar, aku dapat less jugak. Tapi kalau penjual tu wanita, haruslah lelaki yang mintak tawar. Kuaja tau hafiz, part menawar berbaloi dia memang win, sakit hati gua. Hahahahaha. Takpe lepasni kalau ada next travel dengan hafiz suruh dia tawarkan untuk aku. Ohh last day ni, kitorang dua jelah shopping sampai barang letak dalam kotak. Hahah

Nampak tak pelestik beg bebanyak tu. Haduilaaahh kaki shopping ni, susah tau. Hahaha.
Oh my dear future husband, nanti kita dah kahwin, you jangan marah i yang kaki shopping ni, tapi sebaiknya you tegur i elok elok eh. Semoga you boleh didik i jadi wanita penjimat dan semoga you cepat sikit muncul dalam hidup i sayang dan cepat cepatlah masuk meminang i. Hahaha muah ciked sayang!

Lepas shopping sempat singgah UMS, one of university yang aku nak sangat belajar, tapi belum rezeki. Sobs. Seronok weh tengok kawasan UMS tu, Macam.. kalaulah aku belajar sini kan best. Hmm. Eh tak jadi sedih lah sebab at least aku dah tengok and masuk UMS tu. Kitorang pergi Muzium Maritim kat UMS tu. Melawat muzium kauu! Pergi trip dengan kekawan masuk muzium, kau hadoooo? Hahaha.

Okay last destination before we're going back was Tanjung Aru!
Pisah tengah menari tarian zapin kot tu. Hahahaha.

Sabah 5 September
Ijat Hafiz Mizaa Weiyda Wan Pisah

Time to back Semenanjung!
Thankyou Sabah negeri di bawah bayu for having us.
Till we meet again. Insha Allah.

Alhamdulillah untuk trip ini. i maintain jadi orang paling heksaited dan paling jakun. Hahahahaha. Semoga ada trip untuk akan datang. Thankyou korang, thankyou thankyou thankyou. Mintak halal ye kurang lebih. Semoga jumpa lagi. Insha Allah.

Tiket flight : RM130
Makan : RM 150
Accomodation, car rental, minyak (share) : RM220
Activity : RM140
Shopping : RM 350+

So total budget untuk trip i around RM1000 jugak lah. Siap bagi kau bajet aku. Hahaha.But kalau betul betul budget around RM600+ cukup dah wehh. Serious talk, memang tak rugi melancong sabah. Seronok! Cantik! Tenang! Dan sejukkkk! Hehehe. Sibuk pergi jalan luar negara, dalam negara hengkoo dah habis jelajah ke? Hahaha. 

Note for future husband : Kasi can lah i jalan jalan kat Malaysia ni. Nanti kita dah kahwin, kita jalan honeymoon oversea eh. Thailand, indonesia pun dah okay sayang. As long i dengan you, i okay je. Ecewahh. Tapi i'll make sure you lebih penjimat dari i tapi mesti yang tak kedekut. Hekhek muah banyak ciked sayang. Hahahaha.

Kakakaka banyak sangat note for future husband lah hengko ni mizaa. Hahaha. Oh yea, masa flight balik tu landing dia cun habis. Ohh kapten hans, i wanna meet you! Haha. Okay sekianlah trip Sabah untuk kali ini. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi.


No comments: