Friday, April 22, 2016

Do your work, enjoy your job!

Assalammualaikum :)

Hai! Bertemu lagi kita! Ehehehe penganggur kan, banyak lah masa nak meroyan selalu. Huhuhuhu. So harini nak serious talk sikit about life bekerja.

This year umur i dah 23 y/o. Tua oi! Bila tah nak kahwin. Hahaha gatai. K k. Aku nak cakap banyak pengalaman kerja tu takdelah sangat. Tapi aku pernah kerja macam macam even dalam jangka masa pendek. So boleh lah sikit nak menilai orang. Bukan menilai kira macam jumpa pelbagai jenis manusia sampai aku cakap "macam ni punya orang pun ada ke? Like seriously.. benda basic takkan takleh fikir" Jumpa pelbagai ragam manusia ni bagus jugak, mengajar kita jadi lebih matang dan boleh berfikir rasional, takdelah berfikir guna kepala lutut. Eh ni random okay, random..

Seronoknya kerja ni, boleh dapat ilmu pelbagai (kerja bersepah, asal ada je kan), dapat kawan kawan baru, kenal ramai orang and of course kerja nak dapat gaji kan! Money, money, moneyyy! Hehe. Selain keseronokan tu, kau dapat pengalaman berharga, hari hari kerja sentiasa dapat ilmu baru, dapat belajar something yang boleh guna dalam kehidupan seharian. Takyah pergi belajar masuk universiti pun, tapi waktu bekerja, kau dapat belajar secara tak langsung. Itulah pengalaman bekerja yang bermakna.

Sorry to say, aku kalau kerja memang bersungguh sikit. Tak kisah pasal nak kerja overtime ke apa. Aku memang all out bebetul bila kerja, tapi bila ada orang spoil mood, buat tahik dengan aku, aku memang lah start buat perangai, but still aku buat kerja aku. Tapi kekadang rasa macam kerja tak ikhlas pun ada jugak. Hahahaha tapi seriously kerja paling best dalam hidup aku jadi guru tadika little caliphs. Aku kalau busy kerja, kadang kadang tak sempat call ibu ayah pun dalam sehari tu. Inikan pulak nak roger kawan-kawan. Nak cari jodoh pun tak sempat tau. Hahahaha. Bila cuti tu, nikmatilah rehat dengan jayanya. Harap lah kawan memahami spesies manusia bekerja yang pesen macam aku. Melainkan kalau aku stress, sesiapa je tempat aku meluah perasaan. Ehehehehe.

Okay pasal kat tempat kerja, kita akan jumpa colleagues yang macam macam. Yang kerja sambil lewa, malas, kerja ikut kepala masing masing, berat mulut nak tanya, kerja macam dialah yang paling bagus, yang kaki kipas bos, orang lain yang all out buat kerja tapi dia yang dapat nama. Macam macam ragam. Mostly negative. Yang positive pun ada juga, bertanggungjawab, kerja on time, banyak idea, helpful, tak kedekut ilmu, happy going. Tapi alhamdulillah, setakat aku kerja kat mana pun, positive people and negative people sama banyak. So takdelah pengaruh buruk banyak sangat. In fact, aku dah boleh fikir dan pilih sendiri cara bekerja aku.

Bila aku kerja, aku memang nak buat yang terbaik, dan aku sangat sangat mengharapkan cooperation dari semua pihak. Bila ada yang tak buat kerja betul, aku jadi geram, nak marah, sedih semua ada tau. Tulah kan, bila kawan kerja okay, boss tak okay. Bila boss okay, kawan pulak yang tak okay. Kadang kadang management yang macam haram, kadang kadang customer tak bagi kerjasama. Tekanan kerja tu memang sangat biasa. Pandai pandai lah tanggani stress sendiri. So far alhamdulillah, stress macam mana pun kerja belum lagi jadi gila,  cuma jerawat bersepah, memang tak pernah nak flawless muka i tau. Hahahaha.

Okay jap ada pesanan tulus ikhlas dari seketul hamizah abd aziz, kalau awak seorang boss, tolonglah jaga kebajikan staff, jangan tindas staff, jangan abaikan hak-hak staff. Kalau nak staff awak respect awak, please respect and appreciate your staff. Staff awak bekerja untuk majukan company awak, walau secebis kuman usaha dia, tolong hargai. Jangan jadi boss yang bodoh sombong, ego dan paling penting jangan pilih bulu ke pilih kasih dengan staff. Layan staff awak sama rata. Kalau salah, tegur elok elok. Bantu naikkan staff awak sama, jangan jatuhkan dia. Staff awak bukan hamba abdi, jangan buat macam jadi kuli batak. Jangan rasa diri boss semua betul, dengar pendapat orang lain dan benda semua boleh bincang kan.

Ohh yea.. kita ni as staff buatlah kerja dengan ikhlas, berbakti dengan orang sekaligus memajukan diri kita sendiri. Insha Allah, berkatlah hasil usaha kita. Masa kita kerja ni buat kita jadi berfikir macam macam tau, memang sangat susah nak puaskan hati semua orang, but at least buat yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan. Dan lagi kita as staff ni jangan hanya kerja membuta tuli saja, sesekali suarakan pendapat untuk kemajuan bersama, tapi jangan pulak membangkang, membantah bos melampaui batas. Attitude jaga! Staff juga ada hak, tapi memadailah dengan hadnya. Please, think using your brain. Buat sesuatu fikir dulu!!

Kalau kau pernah bekerja, dan sedang bekerja atau akan bekerja, please please please, jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab dengan kerja anda, sebolehnya jadikan diri kita ni serba boleh. Bekerja sendiri boleh, work in team pun boleh. Jangan takut dengan cabaran! Confident kena ada. Cuba sedaya upaya adapt dengan apa jua situasi persekitaran. Kerja mana yang tak stress, but you know yourself, you know how to handle your stress. Enjoy your work! Enjoy your life. But please, kerja, kerja jugak, jangan jadi hamba suit, tanggungjawab sebagai hamba Allah jangan diabaikan. Ibu bapa isteri suami anak anak jangan lupa tau! Hargai mereka selagi hayat dikandung badan.

Sekian. Jaga diri, jaga mata, jaga hati, jaga iman. Semoga sentiasa dilindungi Allah. Wassalam.

No comments: