Wednesday, October 16, 2013

First post.

Assalammualaikum :)

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging. Saya kembali semula! Ecewah.. Mungkin gua tak biasa hidup tanpa buat karangan. Hahahaktuih. This is my new personal blog. Langsung tidak mengharapkan sesiapa untuk membaca blog ini. So gua bisa buat apapun sesuka hati gua. Blog lama telah ku delete dengan harapan saya mampu hidup tanpa kenangan. Kan ku jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran masa hadapan. InsyaAllah.

Semakin hari semakin meningkat umur. Eh ada ke makin lama makin muda? Tak hado, jangan mimpi lah bro, cuma mampu awet muda je kot. Hehe. Semakin tua diri, semakin banyak pengalaman hidup. Hipotesis accepted. Pengalaman hidup yang mampu membangkitkan mahupun menjatuhkan seseorang itu. Kadangkala, pengalaman hidup orang lain bisa menjadi pengajaran buat kita. Supaya kita sedar, dalam hidup ni, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu diharungi. Lagipun, bukan kau sorang je ada pengalaman der, kekadang pengalaman orang lain lebih menarik daripada pengalaman hidup kau.

Terciptanya blog baru ni, gua harap terciptalah semangat baru dalam hidup aku yang tidak selalunya indah. Eceh. Kalau boleh aku taknak toleh ke belakang, aku taknak ingat kenangan pahit lalu. Mungkin aku menyesal namun biarlah. Allah dah aturkan sebaik-baik perjalanan hidup untuk hambanya. Setiap yang berlaku di atas muka bumi ini pasti ada hikmah disebaliknya. Lagi pula, Allah takkan menguji hambanya kalau hambanya itu tak mampu mengharunginya. Haa kalau tak terhantuk, masa bila nak sedar diri kan?

Ya Allah, ampunilah segala dosa hambamu ini. Buangkanlah sifat mudah putus asa dan segala sifat negatif dalam diriku ini, dan tanamkanlah sifat positif yang menyenangkan orang lain. Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Amin ya rabbal alamin.

Semoga sentiasa dilindungi Allah. Jaga diri, jaga hati, jaga mata dan jaga iman. Wassalam.