Wednesday, October 30, 2013

Result.

Assalammualaikum :)

Sedang aku berbaring melepaskan lelah setelah pulang dari selesai terapi riangkan hati sendiri, aku men-scroll timeline twitter dan tiba-tiba terlihat kengkawan upsi tweet result dah keluar. Ouhmyyy... dari berbaring terus terduduk aku. Ibu pun terkejut melihat keletahku. Dan aku pun bersuara "Result dah keluar. Bebudak ni kata dah boleh cek". Aku macam gelabah semacam sampai tangan tetiba jadi sejuk. Cuak gilaaa janggg oi! Bayangkanlah tengah seronok cerita seharian perjalanan riangkan hati kat ibu tetiba terbaca tweet result dah keluar. Serious talk, aku memang menyesal scroll timeline masatu. Sangat sangat k. Hahahahaha. Memang aku taknak cek result masatu. Jantung pun dupdap dupdap. Seram sejuk doeeee. Memang tak senang hati lah gua cakap lu. Serious wehh, rasa macam nak nangis pun ada masatu.

Ibu pulak sibuk duk tanya dah cek result kaa belum. Ibuuuu sayanggg, tolonglah memahami keadaan anakmu ketika itu, takut woihhh. Memang langsung tak bersedia nak cek. Lagi pula, upsi ni memang tau. Sengaja betei. Tak pernah nak bagi hint bila result nak keluar. Tahu-tahu je dah boleh cek result. Boleh bikin orang sakit jantung. Seb baik iols takde sakit jantung, kalau tak memang dah jalan dah ni. Overr tau! Hukhuk. Masatu aku cuba cool down kan diri. Buat-buat happy, gelak-gelak. Buat macam takde pape pun. Haaa lekluuuuuuu, tengok cerita love you mr.arrogant dulu. Tenangkan hati tengok indahnyaaa ciptaan Allah. Titt titt. Azlee Khairi handsome. Hahahahahaha k. Lepastu barulah pergi mandi solat maghrib semua. Mintak tenang hati katekooooo. Eh eh aku memang selalu solat nak hujung-hujung waktu ni. Sila jangan tiru perbuatan ini. Hehehehe.

Bak kata dilla, kita cek result hari jumaat lah. Biar berkat sikit. Mana tahu result tu berubah jadi wow gituuu. Hahahaha aku pun rasa macam tu jugak tapi hakikatnya memang harapanlah kan. Harapan.. harapan menjadi layuyuyuyu. Hikhik. Result tu memang takkan pernah berubah. Takkan weh. Memang macam gitu jelah gamaknyaaaaa result tu. Biarpun mulut kata taknak cek result haritu, tapi hati tetap membuak-buak suruh cek jugak. Makanyaa.. Malam tu jugak aku cek result. Mencari kekuatan cek result dengan ajak ibu and ayah cek sekali. Poyooo kan. Hehehehehe. Taraaaaaaaaaaaa... Result checked! Cuma mampu ucapkan Alhamdulillah syukur. Jujurnya.. pointer aku jatuh. Sob sob. Tak sedih pun cuma macam hm macam kecewa sikit. Eh sikit? Banyak jugak ah kecewa tu. Tapi macam i can accept that. Cepat je aku redha. Bukan pasrah tau. Redha. Sebab redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Ecewahh..

Ibu dengan ayah pun macam terpaksa redha sekali macam aku. Hehehehe. Tapi.... ibu macam menangis je. Eh eh ibu ni lagi over tau, anakmu pun tak nangis kenapa ibu nangis ni. Tsk tsk. Sedih hati aku. Confused pun ye jugak. Ibu nangis sebab gembira ke sebab mengharapkan lebih dari aku. Hm hm. Ayah pulak cakap "Kenapa tak dapat 4 rata? Takpelah, boleh lahtu. Cuba lagi sem depan". Sentap iols lagi sekali. Huhuks. Bukan mudah.. Menyusun tangga ke angkasa.. Huuu yeahh! Bukan mudah.. Mengubah mimpi jadi realiti.. Apapun juaa, bisa terbukti. Andai langkahkuuu tidak terhenti.....! Fuh sila menyanyi lagu menuju puncak dengan semangat. Hahahaha. Like seriously, bukan mudah orang yang kurang bijak seperti aku nak dapatkan four flat. Tapi tidak mustahilkan? Sooo wake up hamizah! Dua sem je tinggal. Satu sem teori, satu sem praktikal. Good luck untuk diri sendiri dan jangan mudah berputus asa. Yakin boleh!

Bila difikirkan semula. Wajarlah pointer aku untuk sem 4 macam gitu. Study last minute. Study macam tak study. Study ikut dan sendiri je. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku bersyukur ya Allah walaupun pointer jatuh. Dan yang penting aku memang lupa masa aku final exam haritu aku demam. Dugaan betul. Aku memang pasrah je dua paper akhir exam haritu sebab aku memang dah tak boleh nak fikir apa masatu. Gagahkan jelah. Dan dua paper awal yang aku sendiri memang tak yakin dengan jawapan aku. At the end.. Alhamdulillah, result aku boleh dikategorikan memuaskan untuk diri aku sendiri. Patut pun macam cepat je aku redha dapat result gitu. Hehehe. Syukur. Terima kasih para pensyarah, ibu bapa dan tak lupa sahabat handai. Terima kasih untuk segalanya. May Allah bless you alls always.

Pada awal sem 4 aku demam, selsema batuk sehingga takde suara. Penghujung sem 4 juga aku demam tapi demam panas muntah plus migrain. Macam-macam berlaku sem 4 ni. Pahit manis suka duka bahagia derita seronok dan hampa. Its all about memories. Alhamdulillah dan terima kasih untuk segalanya.

Semoga sentiasa dilindungi Allah. Jaga diri, jaga hati, jaga mata dan jaga iman. Wassalam.

No comments: