Sunday, July 5, 2015

What a WONDERFUL weekend

Assalammualaikum..

Fuhhh! Tarik nafas dalam dalam.. Hembus! Breath in.. breath out.. huhhh! Hahaha. What a wonderful weekend? Oh ya Allah, thankyou for this weekend. Thankyou kakak aku aka kaklong joyah kuat membebel hahaha. Honestly minggu yang penat, penat fizikal lah. Sakit kaki den, sakit pinggang den, ponek jalan woihh! Akak den koba dia bawak aku pergi terapi minda minggu ni. Yelah sebab aku terlampau stress dengan management yang soooo blerghhhh i can't stand with it anymore. Gua tunggu masa je nak blahh ni huhu

Start dari hari jumaat tu aku balik, lepas berbuka pergi jalan TAR. Tawaf kat sana sampai kul 12 malam kot. Banyak jugak aku melabur kat jalan TAR tu. Hadui.. rasa macam menyesal lah pulak!! Haha. Boleh tahan sesak, panas berpeluh ketiak jugak lah even shopping malam pun. Ingat lepas balik jalan tu boleh balik tidur, hamboi hamboi abang ipar aku boleh bawak pergi jalan downtown ke uptown yang kat cheras tu.. padahal aku dah tertidur dalam kereta, dengan mamai mamai tu aku turutkan kaki tawaf jugak kat situ. Cuci cuci mata yang mengantuk ni. Mujur masatu aku tinggalkan purse dalam kereta, penjimatan hebat berlaku.. gua dapat kawal nafsu membeli beb! Hahaha. Balik sampai rumah kul 2.30 tu memang aku terus bim jelah, mujur sahur tu sedar. Hihi.

Hari sabtu nya pulak, kakak aku ajak pergi kenanga wholesale city (KWC). Jangan cakap kau tak pernah pergi eh.. gigih lah jugak aku drive dari rumah kakak aku ke kenanga mall tu. Bukan jauh sangat pun. Tapi dek sebabkan jammed teruk adalah nak dekat 3 jam jugak. Perghhh memang sabar lah kan aku drive dalam jammed tu. Ni first time kot aku drive jalan kat keyyel, dan dan jammed pulak. Biasalah nak raya ni kan. Pakat semua nak shopping. Dari jammed jalan raya sampai ke parking jammed teruk kauu! Sekali dapat parking tingkat 12. Hamboi sangat! Haha. Haaa.. kat kenanga tu lagi lah banyak aku melabur. Dari satu floor ke satu floor aku jalan. Tak fikir penat langsung, fikir nak membeli je. Tak boleh cover langsung nafsu serakah ni. Kahh! Dan malamnya aku tidur dengan jayanya sebab penat berjalan, penat drive pergi balik dalam jammed, sampaikan tak bangun sahur, sedar sedar je dah azan subuh. Haha padan muka kau!

Dan ahad.. rasa macam malasnya nak keluar. Penat dah kan. Tapi kakak aku ajak lagi jalan pergi GM Klang. Haduii... tak tahu lah apelagi yang tak cukupnya. Tapi... tetap aku jugak melabur paling terukk. Ibuuuu! Duit gaji dah habis shopping ni, cane nak survive. Sobs sobss. Ingat lepas berbuka nak hantar aku balik selayangku sayang ni, rupanya singgah dulu Aeon Bukit Tinggi. Mak oiii! Kaki gua dah penat ni, pinggang pun dah kenapa sakit lagi. Hadushhh! Dan aku tetap melabur lagi kat aeon tu. Astaghfirullahalazim.. miza miza. Teruk nau perangai tak boleh control nafsu. Huhh nasib baik boleh cover sikit lah sebab fikir gaji bulan jun tak masuk lagi kan. Mudah mudahan gaji tak masuk lambat lah. Aamin.

Dear my bakal jodoh, awak jangan terkejut, saya memang kaki shopping, tapi as long saya kerja ada gaji sendiri, saya shopping pakai duit gaji saya lah. Saya berbelanja ikut tahap kemampuan saya lah kan. Insha Allah. Kalau awak bagi duit extra tu kira bonus lah lat saya boleh shopping lebih. Hahaha. Tolong redha kalau awak kena teman saya shopping pulak nanti bila kita dah kahwin. Hikhik. Lagi satu.. semoga awak mampu didik saya supaya berjimat cermat dan jangan membazir. Ehehe. I love you my jodoh yang belum muncul tiba lagi. Moga moga awak masuk meminang saya cepat. Aamin.

And now... i'm safely arrived at peragon utama. Di atas toto empuk angat angat nak tidurrr. Huuuuu... penatnya badan. Esok nak kerja pulak. Sobss. Selamat malam.

Jaga diri. Jaga hati. Jaga mata. Jaga iman. Selamat menunaikan ibadah puasa yang tinggal lebih kurang 13 hari. Yelah kot sebab aku memang tak kira. Hehe. Semoga sentiasa dalam perlindungan-NYA.
Wassalam.

No comments: